Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaDenai Run 2025 Tarik Lebih 1,000 Peserta di Kuala Haji Ibrahim

Denai Run 2025 Tarik Lebih 1,000 Peserta di Kuala Haji Ibrahim

SUNGAI ACHEH – Denai Run 2025 mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Larian sejauh 5.5 kilometer ini bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan pelepasan peserta disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh Datuk Rashidi Zinol, di sini pada 1 Januari 2025.

image 21

Menurut Rashidi, acara tahunan ini bertujuan memperkenalkan Kuala Haji Ibrahim sebagai destinasi riadah unggul bukan sahaja untuk penduduk tempatan malah kepada pengunjung luar.

“Denai Run bukan sekadar acara sukan, tetapi satu usaha untuk mempromosikan keindahan kampung di Kuala Haji Ibrahim di mana para peserta berpeluang menikmati pemandangan yang mempesona sambil merasai keharmonian kehidupan desa,” katanya.

Beliau juga menekankan, dengan perancangan yang teliti kawasan ini mampu menjadi tarikan ekonomi dan pelancongan yang signifikan sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada komuniti setempat.

image 22
Pemenang hadiah utama cabutan bertuan.

Salah satu tarikan utama acara ini ialah cabutan bertuah di mana sebuah motosikal Modenas Kriss MR2 110cc menjadi hadiah utama yang dinanti-nantikan peserta menambahkan lagi kemeriahan suasana Denai Run 2025.

-ZS

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments