Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaZiarah Kasih: Jabatan Mufti Pulau Pinang dekati masyarakat pedalaman

Ziarah Kasih: Jabatan Mufti Pulau Pinang dekati masyarakat pedalaman

TASEK GELUGOR, 20 Disember – Dalam usaha memperluaskan kefahaman masyarakat mengenai ilmu fatwa, Jabatan Mufti Pulau Pinang buat julung kalinya menganjurkan Program Ziarah Kasih.

Program diadakan selama dua hari di Masjid Jamek Jarak Atas, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman berkata program tersebut bertujuan mendekatkan masyarakat dengan hukum hakam agama dan fatwa.

“Program ini adalah inisiatif pertama Jabatan Mufti Pulau Pinang bersama agensi agama Islam negeri untuk menziarahi masjid di kawasan pedalaman. Ia bertujuan memastikan hukum fatwa dapat disampaikan secara langsung kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program tersebut, di sini.

Menurutnya, program tersebut akan diperluaskan ke empat daerah lain di seluruh Pulau Pinang dengan fokus kepada masjid-masjid di kawasan pedalaman.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments