Salam Sejahtera warga DUN Jawi
Kesiapsiagaan Gangguan Bekalan Air di DUN Jawi; bekalan air sebanyak 100k liter telah disimpan!
Sepertimana yang diketahui umum, negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya akan mengalami gangguan bekalan air pada 10hb sehingga 14hb Januari 2024 disebabkan kerja-kerja penukaran valve yang akan dijalankan di LRA Sg Dua. Namun demikian, suara hati warga DUN Jawi telah disampaikan maka pihak saya telah memantapkan persediaan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air ini.
Buat masa ini, pihak saya telah menyediakan 2 unit flexitank (sebesar 24,000 liter) dan 29 statik tank yang akan diletakkan di lokasi-lokasi seperti berikut:-
Taman Berlatuk (berhadapan dengan padang di tapak pasar malam)
Tempat letak kereta di 99 Speedmart Taman Sanctuari Merbok (bersebelahan dengan Taman Cenderawasih)
29 unit statik tank pula akan ditempatkan di lokasi seperti dalam pelan yang dilampirkan.
Bagi segelintir kawasan, pihak Persatuan Bomba Sukarela Pulau Pinang (PBS) juga akan digerakkan untuk menghantarkan bekalan air kepada penduduk setempat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua warga DUN Jawi supaya membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan air mencukupi di kawasan masing-masing. Bersama-sama kita mengatasi cabaran gangguan bekalan air ini!









