Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaPihak Nasi Kandar Pelita Official dah jawap soal fitnah...

Pihak Nasi Kandar Pelita Official dah jawap soal fitnah…

Pihak Nasi Kandar Pelita Official dah jawap soal fitnah ke atas mereka berkenaan status halal dan pemilikan melibatkan non Muslim. Admin sendiri lihat ada rakan socmed yang share posting mengelirukan berbaur fitnah, cuba nak timbulkan isu ketegangan kaum, cetus ketegangan, menyemai kebencian dan keraguan.

Status tu mengundang banyak komentar yang negatif, dipanjangkan ke group-group, termakan oleh mereka yang jahil hingga mempertikaikan status halal mereka. Walhal mereka yang jahil ni taktahu betapa ketat sop bagi mendapatkan status halal dan mempertahankan status halal tersebut sepanjang perniagaan dilakukan bagi mengelakkan ia ditarik balik.

Nasi Kandar Pelita ada halal Jakim.. Company makanan segera owner non muslim yg ada halal jakim kita dok pulun makan ok ja. Contoh A&W, Marrybrown, Secret Recipe dan banyak lagi..

Nestle company MNC pon owner bukan muslim jugak. Ada halal jakim. Macam² jenis produk nestle ni kat pasaran kita dok makan. Ok pulak?

Orang Malaysia malas membaca, baca sebaris ayat terus buat kesimpulan kemudian share beramai-ramai dan jadi rantaian dosa..

Cuba hangpa tengok dah berbelas tahun fitnah itu tidak berhenti. Sekali sekala dia jengoi Balik diup oleh Pihak yang tak bertanggungjawab . Admin share info agar hangpa tak join jadi agent fitnah terpaling bmf nak masuk 2024 dah kot .. Tolong amik tau berapa byk zakat dan asnaf serta masjid yg pelita dok bantu… Admin saksi hidup banyak tengok depa bantu sedekah zakat merata. Hampa hat dok kecam..ada bantu ka ?

MEMANG Tan Sri bukan islam tu salah seorang BOD Pelita tapi tidak diterangkan BOD yang lain siapa?

Bila baca komen-komen ramailah yang memaki hamun, menyebarkan fitnah dan membuat kesimpulan tanpa mengetahui hal sebenar.. Allah.. Tak takut dosa langsung ya..?

Hukum fitnah jelas haram dan ditegah dalam hukum syarak. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Baginda Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) – [HR al-Bukhari 6056 dan Muslim 105].

Jauhi fitnah, semak dulu sebelum sebar

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments