Wednesday, April 22, 2026
UtamaBeritaDasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil bakal diluncur bulan depan

Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil bakal diluncur bulan depan

KUALA LUMPUR – Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030 (D3PKN2030) akan diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, dasar itu yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menggariskan teras strategik, strategi dan inisiatif-inisiatif dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan penjaja dan peniaga kecil yang holistik dan kondusif.

“Melalui D3PKN2030, kerajaan berhasrat untuk membangunkan ekosistem perniagaan yang lebih inklusif dan mampan, yang akan membolehkan penjaja dan peniaga kecil menjadi lebih berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan.

“Dasar ini dibangunkan hasil daripada sesi libat urus, kajian dan perbincangan pelbagai pihak sejak tahun lepas” katanya ketika ditemui pemberita selepas wawancara secara langsung menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 semalam.

Mengenai Karnival HPPK, Ewon berkata, ia diadakan pada 1 hingga 3 November ini, di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang.

“Penganjuran HPPK2024 adalah simbolik tanda penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil atas sumbangan mereka terhadap ekonomi negara.

“Sambutan HPPK diadakan sejak 2012 dan berharap sambutan HPPK2024 tahun ini dapat meneruskan legasi HPPK untuk menjadi pendorong kepada penjaja dan peniaga kecil agar lebih bersemangat dan komited menyumbang kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran HPPK secara umumnya telah memberi peluang kepada penjaja dan peniaga kecil untuk berniaga di platform peringkat kebangsaan.

Selain itu katanya, penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam HPPK juga memberi peluang membawa perkhidmatan yang ditawarkan di peringkat akar umbi.

Pelbagai acara diadakan selama tiga hari antaranya jualan pelbagai produk penjaja dan peniaga kecil, jualan murah koperasi dan usahawan, jualan usahawan produk halal, jualan produk Satu Daerah Satu industri dan Jualan Anekarasa Madani dari negeri-negeri seluruh Malaysia.

Antara aktiviti untuk golongan belia yang disediakan seperti pameran interaktif Rakan
Muda, pertandingan E-sport Mobile Legend dan Karnival Perkeso Ready To Work.

SUMBER – MalaysiaGazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments