Saturday, May 16, 2026
UtamaBeritaBayi jantung berlubang perlukan dana RM90,000

Bayi jantung berlubang perlukan dana RM90,000

BUKIT MERTAJAM – Bayi perempuan berusia dua bulan yang menghidap jantung berlubang, Nor Sara Washfa Ahmad Zaidi memerlukan dana sebanyak RM90,000 bagi menjalani pembedahan jantung dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, bayi itu kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi neonatal (NICU) dengan bergantung alat bantuan oksigen.

image 149
Ahmad Zaidi (kiri) dan isterinya Masrini ketika bertemu dengan pegawai One Hope Charity & Walfare bagi mendapatkan bantuan.

Menurutnya, tiub terpaksa dipasang pada seluruh badannya sejak dilahirkan kerana dia tidak dapat bernafas sendiri sehingga membuatkan ibu bapanya sedih dan buntu.

“Bayi itu disahkan menghidap patent ductus arteriosus (PDA), atrial septal defect (ASD) dan ventricular septal defect (VSD) kerana lubang berada hampir di bahagian tengah jantung.

“Kata doktor, keadaan itu menjejaskan fungsi jantung dan dia tidak dapat bernafas sendiri yang memerlukan pembedahan secepat mungkin.

“Jika pembedahan ditangguh, ia mungkin menyebabkan jantungnya bengkak atau kegagalan jantung yang boleh mengakibatkan kematian,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Sui Hau berkata, keluarga Nor Sara Washfa merayu bantuan daripada orang ramai bagi mendapatkan dana RM90,000 kerana mereka tidak berkemampuan.

Jelasnya,bapa bayi berkenaan, Ahmad Zaidi Awang berusia 50 tahun bekerja sebagai pesawah sejak 20 tahun lalu hanya memperoleh pendapatan ketika ini kira-kira RM1,200 sebulan.

Ibunya pula, Masrini Mat Saad, 43, seorang suri rumah dan mereka mempunyai dua lagi anak berusia 6 dan 11 tahun.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (nombor akaun 3201428817) atau layari www.onehopecharity.org.

SUMBER : Sinar Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments