Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaCegah MPox dalam kalangan pelajar IPT: KPT ikut saranan KKM

Cegah MPox dalam kalangan pelajar IPT: KPT ikut saranan KKM

KEPALA BATAS : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menuruti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha menghalang penyebaran virus cacar monyet atau MPox kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang keluar atau kembali dari luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, dalam hal ini, pihaknya akan menunggu arahan daripada KKM sekiranya terdapat keperluan untuk mencegah penularan wabak terbabit.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah pun memaklumkan dalam mesyuarat Kabinet tentang apa langkah-langkah yang dibuat. Jadi, saya serahkan kepada pihak beliau untuk memaklumkan langkah-langkah yang mereka lakukan itu.

“Sebelum ini, saya difahamkan bahawa Dr. Dzul (Dzulkefly) sendiri telah memaklumkan langkah-langkah yang telah dibuat dan mungkin akan ada pengumuman sekiranya perkara itu terus berleluasa. Jadi, tentunya menteri yang berkenaan akan membuat pengumuman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung sama ada KPT akan membuat saringan terhadap mahasiswa di yang pergi dan pulang dari luar negara.

Terdahulu, Dzulkefly hadir merasmikan Kongres ‘Global Trends In Engineering, Science and Technology’ (GTEST 2024) anjuran UniMAP di Bertam, di sini semalam.

Pada 23 Julai 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak MPox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC), namun, ia ditamatkan pada 11 Mei tahun lalu ekoran bilangan kes menurun.

Bagaimanapun, pada 14 Ogos lalu, WHO sekali lagi mengisytiharkan MPox sebagai PHEIC untuk kali kedua.-UTUSAN

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments