Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN Ke-15 membuka tirainya hari ini, 30 Oktober 2026, dengan pembentangan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2027 menjadi antara agenda utama.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, dijadual membentangkan belanjawan tersebut pada jam 3.00 petang, yang bakal menggariskan perancangan kewangan serta keutamaan pembangunan negeri bagi tahun hadapan.
Sepanjang persidangan, pelbagai urusan penting akan dibincangkan termasuk pembentangan usul, sesi soalan lisan dan bertulis serta perbahasan Belanjawan 2027.
Persidangan ini turut menyediakan ruang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membangkitkan isu berkaitan pembangunan, kemudahan awam dan kesejahteraan rakyat, selain mendapatkan penjelasan Kerajaan Negeri mengenai dasar serta pelaksanaan program yang melibatkan kepentingan masyarakat.
Chow berharap perjalanan persidangan dan pembentangan belanjawan kali ini dipermudahkan. Belanjawan Pulau Pinang 2027 dijangka menjadi tumpuan kerana akan memperincikan hala tuju kewangan dan pembangunan negeri, dengan penekanan terhadap kesejahteraan rakyat serta pembangunan Pulau Pinang yang mampan.
Perincian mengenai peruntukan dan inisiatif baharu akan diketahui menerusi pembentangan rasmi petang ini.

