Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan hala tuju strategik serta perancangan pembangunan negara.
Mesyuarat yang turut disertai Menteri Besar dan Ketua Menteri dari seluruh negeri itu menjadi platform penting untuk menyelaras dasar serta perancangan pembangunan di peringkat nasional, sekali gus memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara terancang, mampan dan selaras dengan keperluan semasa.
Penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi, malah memberikan manfaat kepada masyarakat setempat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang.

