UtamaBeritaPulau Pinang Ajak Syarikat Amerika Syarikat Perluas Pelaburan, Pacu Kerjasama Industri Dan...

Pulau Pinang Ajak Syarikat Amerika Syarikat Perluas Pelaburan, Pacu Kerjasama Industri Dan Teknologi Tempatan

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengalu-alukan lebih banyak syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk memperluas pelaburan dan bekerjasama dengan syarikat tempatan, khususnya dalam pembangunan teknologi, industri semikonduktor serta pengukuhan rantaian bekalan.

Berucap pada AMCHAM Penang Dialogue 2026 di Hotel E&O, beliau berkata, Pulau Pinang akan terus memberi tumpuan kepada pelaburan strategik, pembangunan syarikat tempatan dan penyediaan tenaga kerja berkemahiran kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, bagi tempoh 2020 hingga separuh pertama 2026, Pulau Pinang berjaya menarik RM18.2 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pembuatan dari AS, bersamaan 38 peratus daripada jumlah nasional. Lebih 100 syarikat Amerika kini beroperasi di negeri ini.

Malah, daripada eksport elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia ke AS bernilai RM177.7 bilion, sebanyak RM155.4 bilion atau 87 peratus disumbangkan oleh Pulau Pinang, sekali gus membuktikan kedudukan negeri sebagai hab utama industri teknologi negara.

Kerajaan Negeri turut mempergiat pembangunan ekosistem semikonduktor melalui inisiatif Penang Silicon Design @5KM+ (PSD@5KM+) dan Malaysia ATE Campus yang menerima peruntukan RM25 juta daripada Kementerian Ekonomi.

Chow berkata, keyakinan pelabur AS terhadap Pulau Pinang kekal kukuh berdasarkan hasil misi perdagangan terbaharu ke negara itu, termasuk pertemuan dengan syarikat utama seperti Intel, AMD, Lam Research dan Micron Technology.

Kerjasama berterusan ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta meningkatkan daya saing industri tempatan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments