UtamaBeritaPulau Pinang Bakal Jadi Tuan Rumah SUKNA 2028, Dijangka Himpun 1,000 Peserta...

Pulau Pinang Bakal Jadi Tuan Rumah SUKNA 2028, Dijangka Himpun 1,000 Peserta Dari Seluruh Negara

Pulau Pinang bakal menjadi tuan rumah Sukan Nasional Perancang Bandar dan Desa Malaysia (SUKNA) 2028 yang dijadual berlangsung pada September 2028 dengan jangkaan penyertaan kira-kira 1,000 peserta dari PLANMalaysia Ibu Pejabat dan seluruh negeri termasuk Sabah serta Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan semasa kunjungan hormat Pengarah PLANMalaysia Negeri Pulau Pinang yang baharu, TPr. Norjafni Zainuddin, kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di KOMTAR.

Norjafni yang mula bertugas pada 7 September 2026 berkata, pihaknya memohon sokongan Kerajaan Negeri bagi memastikan penganjuran kejohanan dwitahunan tersebut berjalan lancar.

SUKNA 2028 akan mengetengahkan konsep “SUKNA 2028 – Alami Pulau Pinang” yang menggabungkan pertandingan sukan dengan pengenalan identiti serta keunikan negeri kepada para peserta.

Penganjuran itu turut memberi peluang kepada peserta dari seluruh negara untuk mengenali warisan, makanan, tarikan pelancongan dan pembangunan bandar Pulau Pinang.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah PLANMalaysia Negeri Pulau Pinang, Norjafni pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Projek Zon Timur PLANMalaysia yang berpangkalan di Kuala Terengganu.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments