UtamaBeritaMisi Ke Amerika Syarikat Perkukuh Hubungan Pulau Pinang Dengan Pelabur Global

Misi Ke Amerika Syarikat Perkukuh Hubungan Pulau Pinang Dengan Pelabur Global

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengetuai Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Amerika Syarikat dari 28 September hingga 5 Oktober 2026.

Misi anjuran InvestPenang itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dengan ibu pejabat syarikat Amerika yang telah melabur di Pulau Pinang, selain menarik pelaburan baharu dan menggalakkan pengembangan operasi sedia ada.

Sepanjang misi tersebut, delegasi akan mengetengahkan perkembangan terkini Pulau Pinang termasuk Penang Silicon Design @5km+, Penang ATE Campus, penambahbaikan infrastruktur serta dasar yang menyokong ekosistem pelaburan.

Antara sektor sasaran ialah semikonduktor termasuk reka bentuk IC, pembungkusan termaju dan pembuatan peralatan, selain peranti perubatan dan Global Business Services (GBS).

Ketua Menteri bersama delegasi InvestPenang turut dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan dan lawatan ke ibu pejabat syarikat pelabur Amerika.

Pertemuan tersebut menjadi platform untuk memperkenalkan keupayaan, ekosistem industri dan perkembangan Pulau Pinang kepada syarikat berpotensi, di samping meneroka peluang kerjasama dan pelaburan baharu.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments