UtamaBeritaTrofi Dan Pingat Legenda Badminton Datuk Teh Kew San Dipamerkan Di MBS

Trofi Dan Pingat Legenda Badminton Datuk Teh Kew San Dipamerkan Di MBS

825267932 1087770947285352 5045580770717788124 n

AIR ITAM – Koleksi trofi, pingat dan memorabilia milik legenda badminton negara, mendiang Datuk Teh Kew San kini dipamerkan di MBS Heritage Centre, Methodist Boys’ School (MBS) menerusi pameran khas A Tribute to a Badminton Legend.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, legasi mendiang terus menjadi inspirasi kepada generasi baharu khususnya dalam aspek disiplin, ketabahan dan semangat juang.

Sepanjang kariernya, Kew San pernah menjuarai beregu lelaki All-England 1959 bersama Lim Say Hup, meraih kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan Asia 1962 serta mewakili Malaya dan Malaysia dalam empat kempen Piala Thomas berturut-turut dari 1958 hingga 1967.

Beliau kemudiannya menjadi kapten Malaysia ketika negara menjuarai Piala Thomas 1967.

Kew San yang meninggal dunia pada 14 Mei 2026 pada usia 91 tahun merupakan bekas pelajar MBS. Keluarganya menyerahkan koleksi berharga termasuk raket Dunlop Maxply, replika Piala Thomas, pingat serta pelbagai anugerah kepada MBS Heritage Centre supaya pencapaian dan sumbangannya dapat terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments