UtamaBeritaLapan Daripada 10 Sasaran Utama Penang2030 Sudah Dicapai Atau Di Landasan Tepat

Lapan Daripada 10 Sasaran Utama Penang2030 Sudah Dicapai Atau Di Landasan Tepat

825279291 1612631877062782 8298033008269581848 n

Selepas lapan tahun pelaksanaan, lapan daripada 10 sasaran utama Visi Penang2030 telah dicapai atau berada pada landasan untuk dicapai, merangkumi aspek kebajikan, perumahan, tadbir urus, pelancongan, pendidikan, pertanian, keusahawanan dan belia.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, setiap pencapaian perlu diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Antara perkembangan yang direkodkan ialah peningkatan pendapatan isi rumah daripada RM5,409 kepada RM7,386, manakala kira-kira 15,000 rakyat Pulau Pinang telah menerima peningkatan kemahiran dalam bidang digital termasuk keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI).

Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penguasaan kemahiran baharu serta penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Penang2030 Daerah Timur Laut bertemakan Penang2030: Aspirasi Rakyat, Menerajui Transformasi.

Festival itu menghimpunkan jabatan dan agensi kerajaan, institusi TVET serta rakan strategik bagi membuka akses kepada masyarakat dalam bidang teknologi digital, tenaga solar, pendidikan, keusahawanan, peluang pekerjaan dan perkhidmatan kerajaan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments