Akses kepada pembiayaan yang lebih luas dan kukuh penting bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan berkembang serta bergerak ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai industri semikonduktor, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.
Menurut beliau, Pulau Pinang telah membina ekosistem semikonduktor yang kukuh sejak lebih lima dekad lalu dengan sokongan syarikat multinasional (MNC), kawasan perindustrian, infrastruktur, teknologi serta tenaga kerja berkemahiran.
Bagaimanapun, aspek pembiayaan masih perlu diperkasakan supaya syarikat tempatan mempunyai modal mencukupi untuk mengembangkan operasi, mendapatkan teknologi baharu, menarik bakat serta bersaing di peringkat antarabangsa.
Kon Yeow berkata, syarikat tempatan perlu lebih yakin meneroka pelbagai sumber modal termasuk pembiayaan ekuiti, pelabur institusi dan penyenaraian awam (IPO).
Menurutnya, IPO bukan sekadar laluan keluar kepada pengasas syarikat, sebaliknya boleh menjadi platform mendapatkan modal untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup program “Powering Semicons: Financing Your Next Breakthrough” anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di G Hotel Gurney.
Kon Yeow turut menegaskan bahawa PKS merupakan tulang belakang kepada ekosistem semikonduktor dan hubungan lebih kukuh antara PKS dengan MNC, teknologi, bakat serta sumber modal mampu meningkatkan daya saing keseluruhan industri.
Dalam masa sama, Pulau Pinang kini turut memperluaskan keupayaan industri kepada sektor bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) dan peralatan ujian termaju (ATE).
Perkembangan tersebut memerlukan ekosistem pembiayaan yang bergerak seiring supaya syarikat tempatan mampu merebut peluang baharu, khususnya ketika industri semikonduktor berkembang pesat didorong ledakan kecerdasan buatan (AI) dan perubahan landskap geopolitik global.
Kon Yeow turut mengetengahkan cadangan penubuhan Penang International Financial Centre (PIFC) sebagai antara usaha melengkapkan ekosistem teknologi negeri menerusi akses kepada modal yang lebih baik. PIFC bukan bertujuan bersaing dengan Kuala Lumpur, Labuan atau Johor SEZ, sebaliknya mahu dibang

