Monday, June 15, 2026
UtamaBeritaProgram Perintis Bekas Makanan Mesra Alam Di Sekolah Perkukuh Agenda Kelestarian Pulau...

Program Perintis Bekas Makanan Mesra Alam Di Sekolah Perkukuh Agenda Kelestarian Pulau Pinang

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) C Union menjadi sekolah pertama di Pulau Pinang melaksanakan Program Perintis Bekas Makanan Mesra Alam hasil kerjasama Persatuan Wanita Mutiara Pulau Pinang, sekali gus memperkukuh usaha memupuk budaya hijau dalam kalangan generasi muda.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, inisiatif tersebut selaras dengan agenda pembangunan hijau Kerajaan Negeri dan usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang akan diperkasakan menerusi pelaksanaan dasar sifar plastik bermula 1 September ini.

Menurut beliau, penggunaan bekas makanan guna semula bukan sahaja dapat mengurangkan sisa plastik, malah membantu menyemai nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan murid sejak usia muda.

Beliau turut menyifatkan program berkenaan sebagai contoh terbaik pelaksanaan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang bermula dari sekolah, selain menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

720971964 1805296684285180 6835737993669221312 n
Program Perintis Bekas Makanan Mesra Alam Di Sekolah Perkukuh Agenda Kelestarian Pulau Pinang 2

Pada majlis sama, turut dilancarkan Projek Tadahan Air Hujan Tandas Pintar Hijau dengan sokongan Water Watch Penang dan Lam Research bagi memperkukuh amalan kelestarian serta pengurusan sumber air sekolah tersebut.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments