Monday, June 15, 2026
UtamaBeritaKkppsb Isytihar Dividen 5 Peratus, Lancar Produk Makanan Premium

Kkppsb Isytihar Dividen 5 Peratus, Lancar Produk Makanan Premium

Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad (KKPPSB) terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mengumumkan agihan dividen sebanyak 5 peratus bagi tahun kewangan 2025 serta memperkenalkan rangkaian produk makanan sedia dimasak dan sedia dimakan di bawah jenama D’Bayu. Pengumuman itu dibuat sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-4 koperasi berkenaan yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perpaduan Nasional Pulau Pinang, Goh Choon Aik di Raia Inn Penang.

Menurut Goh Choon Aik, inisiatif KKPPSB yang berani meneroka bidang hiliran melalui penghasilan produk makanan berjenama sendiri membuktikan keupayaan koperasi dalam memperkukuh ekonomi komuniti setempat.

Beliau turut menzahirkan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha memperluas pasaran produk koperasi, selain menggalakkan penglibatan aktif ahli sebagai duta kecil dalam mempromosikan produk tersebut di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Pengerusi KKPPSB, Mohd Kamal Abdullah, berkata koperasi kini berada di landasan kukuh dengan pelbagai perancangan strategik termasuk pengoperasian kiosk minuman serta pengurusan premis perniagaan di lokasi strategik.

Koperasi ini turut merekodkan keahlian seramai 1,391 orang, sekali gus mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap peranan KKPPSB dalam memperkasakan ekonomi komuniti nelayan di selatan Pulau Pinang melalui sokongan berterusan agensi dan kerajaan negeri.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments