Friday, May 1, 2026
UtamaSukanDemi Liga Malaysia, Penang FC sedia berkorban

Demi Liga Malaysia, Penang FC sedia berkorban

KUALA LUMPUR – Penang FC menyokong pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, mengenai keperluan semua kelab membuat pengorbanan demi memastikan kelangsungan Liga Malaysia.

Menurut Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew, sudah tiba masanya semua pasukan duduk semeja untuk berbincang secara terbuka dan jujur mengenai keadaan semasa liga.

Beliau menegaskan bahawa cabaran semasa, terutamanya dari segi kewangan dan struktur, memerlukan penyelesaian bersama yang realistik demi masa depan bola sepak tempatan.

Penang FC turut menyatakan kesediaan untuk menyumbang idea dan memainkan peranan sewajarnya, termasuk membuat keputusan sukar sekiranya perlu demi kepentingan bersama.

Penang FC menekankan keutamaan membina liga yang lebih stabil, kompetitif dan berdaya komersial bagi manfaat kelab, pemain dan penyokong.

Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew, berkata kelab mengambil maklum pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal, mengenai keperluan semua kelab membuat pengorbanan demi kelangsungan Liga Malaysia.

“Kami menyambut baik pendekatan ini dan percaya sudah tiba masanya semua kelab duduk semeja serta berbincang secara terbuka dan jujur mengenai keadaan semasa liga. Penang FC komited menjadi sebahagian daripada usaha kolektif dan menantikan perbincangan konstruktif pada masa depan,” katanya.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments