Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaBantuan duit raya disalurkan kepada asnaf di Bukit Kechil

Bantuan duit raya disalurkan kepada asnaf di Bukit Kechil

BUKIT MERTAJAM, 19 Mac – Golongan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar Juru menarik nafas lega apabila menerima sumbangan persiapan Aidilfitri dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Madani Bukit Kecil, di sini kelmarin.

image 8
Salah seorang penerima, Amar Hari, berterima kasih atas sumbangan yang diberikan

Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional Dato’ Zainal Abidin Majid, berkata inisiatif ini merupakan usaha berterusan bagi meringankan beban kewangan keluarga yang terkesan dengan kos sara hidup.

“Harap bantuan ini dapat membantu mereka membuat persiapan raya dengan lebih sempurna, sekurang-kurangnya tak rasa terpinggir, semua pun boleh sama-sama rasa kemeriahan Aidilfitri,” katanya.

Golongan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan di sekitar Juru menarik nafas lega apabila menerima sumbangan sempena persiapan Aidilfitri dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Komuniti Madani Bukit Kecil, baru-baru ini.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan sebagai usaha berterusan untuk meringankan beban kewangan mereka, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup menjelang perayaan. Bantuan yang disalurkan diharap dapat membantu penerima membuat persiapan raya dengan lebih sempurna serta merasai kemeriahan Aidilfitri seperti orang lain.

Selain itu, program seumpama ini turut dilihat sebagai medium penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim dalam komuniti, sekali gus memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menerima bantuan.

Majlis tersebut turut menceriakan suasana dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak, yang membawa kegembiraan kepada mereka menjelang sambutan hari raya.

image 9
Bantuan duit raya disalurkan kepada asnaf di Bukit Kechil 3
RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments