Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaAPMM Pulau Pinang: Jangan sangka penguat kuasa bercuti ketika Aidilfitri

APMM Pulau Pinang: Jangan sangka penguat kuasa bercuti ketika Aidilfitri

Georgetown: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menjangkakan percubaan melakukan jenayah seperti pencerobohan pukat tunda dan penyeludupan di perairan negeri itu akan mencapai kemuncak pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Mohd Suffi Mohd Ramli, berkata orang ramai tidak seharusnya menganggap anggota penguat kuasa turut bercuti ketika sambutan perayaan kerana operasi pemantauan tetap dijalankan seperti biasa.

Menurut beliau, pelbagai operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara serta bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah maritim.

Antara fokus utama operasi tersebut termasuk membanteras kegiatan penyeludupan, pencerobohan nelayan asing, kemasukan pendatang tanpa izin serta penyeludupan barangan larangan.

Tambah beliau, pihaknya menjangkakan terdapat pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan melakukan kegiatan menyalahi undang-undang ketika musim perayaan dengan menyangka penguat kuasa kurang melakukan rondaan.

Sehubungan itu, APMM memberi jaminan bahawa rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan terkawal sepanjang tempoh tersebut.

Muhammad Suffi berkata, operasi itu turut bertujuan membanteras aktiviti penyeludupan dadah menggunakan laluan laut termasuk melalui jeti penumpang, bot penumpang, kapal serta vesel nelayan tempatan sebagai medium pengangkutan.

Beliau berkata, operasi tersebut dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama iaitu fasa sebelum perayaan dilaksanakan bermula 6 Mac lalu hingga 20 Mac, diikuti fasa penguatkuasaan dari 21 Mac hingga 3 April manakala fasa pemantauan akan berlangsung dari 4 April hingga 10 April depan.

Menurutnya, APMM Pulau Pinang telah mengatur gerak sebuah kapal dan dua bot peronda bagi menjalankan rondaan serta pemantauan di kawasan perairan menjangkau sejauh 85 batu nautika bagi memastikan operasi dirancang berjalan lancar dan berkesan.

“Kami menjadualkan sebuah kapal dan sebuah bot melibatkan seramai 22 anggota dan pegawai yang akan bertugas sepanjang masa siang dan malam pada hari raya pertama dan kedua Aidilfitri nanti,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan rekod penguatkuasaan APMM Pulau Pinang menerusi Op Pagar Laut, pihaknya merekodkan 21 kes tangkapan pada 2020 hingga 2025 dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan mencecah hampir RM200,000.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments