Saturday, May 2, 2026
UtamaBeritaKomuniti Machang Bubuk Rai Tahun Baharu Cina dengan Semangat Muhibah

Komuniti Machang Bubuk Rai Tahun Baharu Cina dengan Semangat Muhibah

BUKIT MERTAJAM, 5 Mac – Kira-kira 900 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubuk, 28 Feb lepas.

Berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Permatang Tinggi, di sini kehadiran luar biasa pengunjung itu mencerminkan semangat muhibah dalam meraikan tradisi yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis dimulakan dengan upacara Lou Sang atau menggaul Yee Sang sebagai simbol doa dan harapan untuk kemakmuran serta kesejahteraan pada tahun baharu.

Kemeriahan diteruskan dengan persembahan tarian singa, tarian naga, tarian kipas dan Gendang 24 Musim yang memukau hadirin dengan gerakan bertenaga serta irama penuh semangat.

Seorang pengunjung, Ng Li Wen, 42, berkata program sedemikian wajar diteruskan kerana memberi impak besar kepada keharmonian setempat.

“Bila semua dapat duduk semeja dan meraikan bersama, rasa muhibah itu memang jelas. Program macam ini bukan saja kekalkan tradisi kaun Cina, tapi yang paling penting ia rapatkan hubungan antara jiran tanpa mengira kaum.” katanya kepada Malaysia Aktif.

Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Steven Sim Chee Keong, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang Daniel Gooi Zi Sen serta Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon.

Sumber:Malaysia aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments