Saturday, May 2, 2026
UtamaBeritaZairi angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri baharu

Zairi angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri baharu


GEORGE TOWN – Mantan Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zairi Mat Ali mengangkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu.

Lafaz ikrar sumpah simpan rahsia disempurnakan di hadapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Zulkifli Long dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ex-officio Kerajaan Negeri.

Difahamkan, pelantikan Zairi berkuat kuasa 19 Februari 2026 bagi menggantikan Dato’ Zabidah Safar yang telah dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-13.

Sebelum itu, Zairi melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri selama kira-kira 15 minit.

Dalam pertemuan itu, Kon Yeow mewakili pihak pentadbiran Kerajaan Negeri mengalu-alukan kehadiran Zairi dan menzahirkan ucapan tahniah di atas lantikan tersebut.

Beliau turut menzahirkan harapan agar Zairi dapat meneruskan prestasi cemerlang dalam pengurusan kewangan negeri bagi mencapai sasaran kutipan hasil yang ditetapkan menjelang akhir tahun ini.

image 130
Zairi angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri baharu 6
image 131
Zairi angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri baharu 7
image 132
Zairi angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri baharu 8
image 133
Zairi angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri baharu 9
image 134
Zairi angkat sumpah Pegawai Kewangan Negeri baharu 10

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN

Sumber:Buletin mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments