UtamaBeritaGesaan Tutup Pintu Kepada UMNO Hanya Pandangan Peribadi – Ketua Menteri

Gesaan Tutup Pintu Kepada UMNO Hanya Pandangan Peribadi – Ketua Menteri

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyifatkan gesaan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng supaya Kerajaan Negeri pimpinan PH menutup pintu kepada UMNO sebagai pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi DAP.

Menurut beliau, setakat ini tiada keputusan atau arahan parti untuk mengeluarkan UMNO daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kon Yeow berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukan UMNO dalam kerajaan perlu dibuat melalui kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, bukannya diputuskan secara berasingan di peringkat negeri atau bawahan.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, yang meminta Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, mengadakan mesyuarat pimpinan PH bagi membincangkan perkembangan dan pendirian UMNO.

Menurut Kon Yeow, semua pihak perlu memberi tumpuan kepada keputusan yang bakal dibuat menerusi saluran dan mekanisme rasmi gabungan, khususnya Majlis Pimpinan Pakatan Harapan. Beliau menegaskan bahawa buat masa ini pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang kekal berjalan berdasarkan susunan sedia ada selagi tiada keputusan baharu daripada kepimpinan tertinggi.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments