Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaKesedaran isu sampah masih jadi cabaran di Pulau Pinang

Kesedaran isu sampah masih jadi cabaran di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 1 Januari – Sambutan Tahun Baharu di beberapa lokasi tumpuan awam di Pulau Pinang menyaksikan kesedaran orang ramai terhadap kebersihan awam berada pada tahap sederhana, meskipun terdapat kawasan yang berdepan isu lebihan sampah akibat peningkatan kehadiran pengunjung.

Tinjauan MalaysiaGazette di Persiaran Karpal Singh, Jelutong dan Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas mendapati kebanyakan pengunjung dilihat membuang sampah ke dalam tong yang disediakan.

Bagaimanapun, kapasiti tong yang terhad menyebabkan sebahagiannya penuh dan sisa makanan melimpah ke kawasan sekitar susulan jumlah orang ramai tinggi sepanjang tempoh sambutan.

image 3

Sementara itu, keadaan sedikit berbeza di Padang Kota Lama di sini, apabila masih terdapat pengunjung membuang sampah di kawasan padang serta di lokasi tumpuan mereka bersantai di tepi laut.

Namun, situasi berkenaan tidak berada pada tahap membimbangkan memandangkan tong sampah turut disediakan di beberapa kawasan berhampiran dan kebanyakan pengunjung masih menunjukkan kesedaran untuk menguruskan sisa secara terkawal.

Secara keseluruhan, pemerhatian di lokasi terlibat menunjukkan amalan kebersihan awam masih memerlukan penambahbaikan, khususnya dari segi penyediaan kemudahan pelupusan yang mencukupi bagi menampung jumlah pengunjung ketika sambutan atau acara berskala besar.

image 5

Mulai hari ini, Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dikuatkuasakan sebagai hukuman untuk menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan semalam berkata, pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat itu akan berkuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah berkenaan akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri masing-masing. – MalaysiaGazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments