Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaJambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditutup 13 dan 14 Disember ini

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditutup 13 dan 14 Disember ini

GEORGE TOWN – Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup sementara bagi semua pengguna mulai 11 malam pada 13 Disember hingga 10 pagi pada 14 Disember berikutan penganjuran Aspen-Klippa Penang Bridge International Marathon 2025.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam kenyataan berkata, pengguna dinasihati memanfaatkan Jambatan Pertama Pulau Pinang sebagai laluan alternatif.

“Bagi mereka yang bergerak dari arah Utara ke Selatan dan menuju ke Batu Kawan Industrial Park (BKIP) atau Bandar Cassia, disarankan melalui Plaza Tol Bukit Tambun Utara.

“Orang ramai diingatkan supaya mematuhi papan tanda dan arahan yang disediakan sepanjang tempoh penutupan,” katanya hari ini.

Sebarang maklumat trafik atau bantuan kecemasan boleh diperoleh dengan menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828.

Untuk rekod, Aspen-Klippa PBIM 2025 menyasarkan kira-kira 25,000 peserta bagi edisi tahun ini. – MalaysiaGazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments