Monday, March 9, 2026
UtamaBeritaTiada sekolah menengah dijadikan PPS bagi memastikan kelancaran SPM

Tiada sekolah menengah dijadikan PPS bagi memastikan kelancaran SPM

NIBONG TEBAL – Tiada sekolah menengah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pulau Pinang meskipun beberapa kawasan di negeri itu masih berdepan situasi banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, langkah itu bagi memastikan kelancaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

“Pihak setiausaha kerajaan negeri memahami situasi ini dan menggunakan sekolah rendah bagi menguruskan mangsa banjir.

image 142
Mohamad Dziauddin.

“Ketika ini, hanya tiga Sekolah Rendah (SK) digunakan sebagai PPS iaitu SK Lahar Yooi, SK Permatang Pasir dan SK Pengkalan Jaya.

“Jadi tidak timbul isu gangguan terhadap pelaksanaan peperiksaan di sekolah menengah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan hari pertama peperiksaan  SPM 2025 di SMK Jawi di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, Mohamad Dziauddin memaklumkan seramai 20,060 calon menduduki SPM di negeri ini yang terdiri daripada 18,135 calon sekolah kerajaan, MRSM dan agensi kerajaan (423 calon); sekolah swasta (161); calon persendirian (1,148) serta sekolah agama rakyat (193).

“Seramai lima calon direkodkan menduduki peperiksaan SPM di beberapa hospital kerajaan dan swasta berikutan kemalangan serta masalah kesihatan.

“Selain itu, sebanyak 156 pusat peperiksaan diaktifkan termasuk 140 pusat peperiksaan sekolah dan 16 pusat peperiksaan hospital, dengan penglibatan 1,973 petugas peperiksaan,” katanya.

image 143
G. Lavaniya,18, calon SPM2025 SMK Jawi, yang kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan jalan raya tahun lepas memasuki dewan peperiksaan.

Mengulas mengenai calon terjejas banjir, Mohamad Dziauddin berkata, situasi berkenaan terkawal apabila hanya dua calon masih berada di PPS SK Lahar Yooi.

“Dua calon berkenaan telah dibantu guru untuk hadir menduduki peperiksaan di SMK Pokok Sena hari ini.

“Kita juga berkerjasama rapat dengan MET Malaysia, NADMA dan agensi lain memastikan persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan bencana alam dan penularan wabak,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments