Monday, March 9, 2026
UtamaBeritaMalaysia di landasan tepat, sasar 60,000 pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2030

Malaysia di landasan tepat, sasar 60,000 pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 17 November- Malaysia berada di landasan yang kukuh untuk mencapai sasaran 60,000 bakat berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Ini apabila 13,679 jurutera dan tenaga mahir teknikal berjaya dilatih, diperakui kemahiran, serta diserap ke dalam pelbagai segmen industri semikonduktor sejak Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata ia merangkumi bidang reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju, fabrikasi wafer, serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan yang dijalankan beberapa universiti.

“Antara universiti terlibat dalam usaha berkenaan adalah Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Malaysia Perlis serta pusat kemahiran seperti Malaysian Institute of Microelectronic Systems Berhad (MIMOS), Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) – SIDEC, dan Penang Skills Development Centre (PSDC), ” katanya ketika menjawab soalan di kemukakan wakil Jerantut Khairil Nizam Khirudin di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu tambah beliau,Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST), sebuah agensi bawah MITI bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada 24 Julai tahun ini bagi membentuk perkongsian strategik dalam pembangunan bakat
di bawah kerangka NSS.

Kerjasama ini menyasarkan peningkatan kemahiran 15,000 pelajar institusi pengajian tinggi, graduan, pekerja industri dan penyelidik, bagi memacu inovasi serta memperkukuh daya saing global Malaysia.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments