Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaKetibaan pelancong China ke Pulau Pinang lonjak 520.2 peratus

Ketibaan pelancong China ke Pulau Pinang lonjak 520.2 peratus

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong China ke Pulau Pinang mencatat peningkatan memberangsangkan apabila melonjak sebanyak 520.2 peratus bagi tempoh Januari hingga September 2025 berbanding tempoh sama pada 2023.

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai, berkata jumlah itu menjadikan pelancong dari China merekodkan peningkatan tertinggi dalam senarai pelancong antarabangsa tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Jumlah direkodkan ini menjadikan China pasaran kedua terbesar ke Pulau Pinang selepas Indonesia, berdasarkan data Jabatan Imigresen Malaysia yang menunjukkan ketibaan meningkat daripada 26,056 pada 2023 kepada 161,599 pada 2025.

“Selain China, beberapa pasaran lain turut menunjukkan peningkatan ketibaan yang ketara, termasuk India (245.1 peratus), Thailand (49.6 peratus), United Kingdom (44.2 peratus) dan Jepun (41.4 peratus),” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ong Ah Teong (PH-Batu Lanchang) mengenai 10 negara teratas bagi ketibaan pelancong antarabangsa di LTAPP bagi 2025.

Mengulas lanjut, Hon Wai berkata, Indonesia menduduki tangga teratas dengan seramai 284,364 pelancong dari negara jiran itu tiba di Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga September lalu, meningkat 12.3 peratus berbanding 253,307 dalam tempoh sama pada 2023.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kerajaan negeri turut menerokai pasaran Asia Barat menerusi kerjasama Penang Global Tourism (PGT) dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar serta Oman, di samping menyertai Arabian Travel Market di Dubai.

“PGT juga memperkukuhkan promosi digital untuk pasaran Asia Barat dengan mengetengahkan penginapan mesra Muslim, makanan halal, kemudahan mesra keluarga serta pelancongan kesihatan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments