Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPulau Pinang perkukuh sokongan OKU menerusi Belanjawan Negeri 2026

Pulau Pinang perkukuh sokongan OKU menerusi Belanjawan Negeri 2026

GEORGE TOWN, 1 November – Kerajaan Negeri Pulau Pinang kekal komited untuk memperkasakan orang kurang upaya (OKU) menerusi pelbagai inisiatif berterusan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengesahkan bahawa program bantuan kewangan iSejahtera akan diteruskan, malah dijangka diperkukuh dalam Belanjawan Negeri 2026 yang akan bersidang di Dewan Undangan Negeri pada November.

“Melalui program iSejahtera, kerajaan negeri menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

“Saya juga ingin berkongsi bahawa semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2026 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri bulan ini, akan ada pengumuman penting sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh sokongan terhadap inklusiviti dan kesejahteraan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum ‘What Is New in Autism’ yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Westlands di sini.

Dalam pada itu beliau turut memuji usaha Kerajaan Persekutuan bawah Belanjawan 2026 yang memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak autistik.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments