Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaPenang Orchid Show kembali 20 – 28 September, pamer lebih 800 orkid

Penang Orchid Show kembali 20 – 28 September, pamer lebih 800 orkid

GEORGE TOWN – Penang Orchid Show 2025 bakal berlangsung dari 20 hingga 28 September ini di Straits Court, Straits Quay dekat Tanjung Tokong, dengan menampilkan lebih 800 pokok orkid dalam 75 kategori pertandingan.

Acara anjuran Federation of Malaya Orchid Society (FOMOS) dengan sokongan Pejabat Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) itu dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung sepanjang sembilan hari penganjurannya.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, pameran tahunan kali ke-67 ini akan menghimpunkan peserta dari enam negara termasuk Singapura, Jepun, Taiwan, Vietnam, Thailand dan Filipina.

“Acara ini bukan sahaja pesta visual, tetapi juga platform penting untuk kerjasama dan penyelidikan orkid, sekali gus mengukuhkan reputasi Pulau Pinang sebagai hab bunga antarabangsa.

“Kejayaan Malaysia meraih tempat kedua dalam Pertandingan Landskap Antarabangsa di Asia Pacific Orchid Conference (APOC) di Taiwan baru-baru ini turut menambah prestij acara tahun ini,” ujarnya pada sidang media di Komtar, semalam.

Sementara itu, Presiden FOMOS, Tony Tan menyifatkan pameran kali ini sebagai lebih besar dan menarik berbanding sebelum ini.

“Dua puluh tahun lalu, kami bermula dari bawah tanpa dikenali dan hari ini, FOMOS diiktiraf sebagai badan perwakilan negara dalam bidang orkid.

“Pastinya tahun ini, kami menjanjikan pameran yang lebih besar dan hebat,” katanya.

Naib Presiden FOMOS, Clarence Tang Choon Ho antara yang turut hadir pada sidang media berkaitan.

image 6
ANTARA spesies orkid yang bakal dipamerkan nanti.

Selain pameran, turut diadakan pertandingan gubahan orkid pada 20 September serta sesi penilaian oleh hakim antarabangsa.

image 8
SPESIES orkid istimewa yang dibawa khas sempena sidang media di Komtar.

Pengunjung juga berpeluang membeli orkid daripada spesies terpilih untuk dibawa pulang sepanjang pameran yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

image 10
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : SIEW CHIA EN

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments