Wednesday, January 14, 2026
UtamaBeritaEconpile menang kontrak LRT Pulau Pinang bernilai RM42.82 juta

Econpile menang kontrak LRT Pulau Pinang bernilai RM42.82 juta

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak RM42.82 juta daripada Irama Duta Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk dan pembinaan berkaitan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kerja-kerja itu adalah sebahagian daripada Laluan Mutiara (MTL) Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT) – Pakej CMC1.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 dan seterusnya. Projek itu dijangka bermula pada 1 Ogos, 2025 dan dijangka siap pada 31 Oktober 2027.

“Tiada risiko ketara boleh dijangka selain daripada risiko operasi berkaitan dengan projek dalam tempoh kontrak. Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian sedemikian,” katanya.

-BERNAMA

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments