Thursday, December 4, 2025
UtamaBeritaPulau Pinang kekal status sebagai pengeksport utama negara

Pulau Pinang kekal status sebagai pengeksport utama negara

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia pada Januari 2025 dengan sumbangan 34.9 peratus, diikuti oleh Johor (19 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (7.5 peratus) dan Kedah (4.2 peratus), demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi eksport bernilai RM122.8 bilion pada Januari 2025, meningkat sebanyak 0.3 peratus atau RM380.3 juta berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, peningkatan dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di empat negeri iaitu Pulau Pinang (RM8.3 bilion), Melaka (RM1.4 bilion), Perak (RM76.4 juta) dan Sabah (RM11 juta).

“Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Johor sebanyak RM4.1 bilion, Sarawak (-RM1.5 bilion), Kuala Lumpur (-RM1 bilion), Selangor (-RM844.6 juta), Pahang (-RM684.0 juta), Terengganu (-RM459.6 juta), Negeri Sembilan (-RM358.6 juta), Kedah (-RM225.4 juta), Labuan (-RM123.2 juta), Kelantan (-RM32.4 juta) dan Perlis (-RM10.9 juta),” katanya dalam satu kenyataan, pada 28 Februari 2025.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir memaklumkan import pada Januari 2025 meningkat 6.2 peratus atau RM6.9 bilion berbanding bulan yang sama pada tahun 2024.

Beliau berkata, peningkatan disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (RM7.3 bilion), Johor (RM2.5 bilion), Perak (RM346.2 juta), Kuala Lumpur (RM285.2 juta), Labuan (RM139 juta), Kelantan (RM92.9 juta) dan Perlis (RM29 juta).

“Walau bagaimanapun, nilai import jatuh di Melaka sebanyak RM2.2 bilion, Pahang (-RM633.7 juta), Terengganu (-RM479.8 juta), Negeri Sembilan (-RM377.9 juta), Kedah (-RM157.8 juta), Sabah (-RM101.4 juta), Sarawak (-RM86.9 juta) dan Selangor (-RM73.8 juta).

“Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 24.8 peratus, diikuti oleh Johor (24.3peratus), Pulau Pinang (24.1%),Kuala Lumpur (8.5 peratus) dan Kedah (5.2 peratus),” katanya.

Sumber : BeritaHarian Online

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments