Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaNaik taraf persimpangan Jalan Air Itam – Persiaran Abdullah Arif kurangkan kesesakan

Naik taraf persimpangan Jalan Air Itam – Persiaran Abdullah Arif kurangkan kesesakan

AIR ITAM – Projek naik taraf Jalan Air Itam ke Persiaran Abdullah Ariff dekat sini dilihat telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit dan sekitar sehingga 90 peratus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang berkata, projek tersebut melibatkan penambahan lorong membelok ke kanan yang menelan kos RM600,000.

“Penambahan lorong itu adalah antara syarat yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk kebenaran merancang bagi pembinaan premis (perniagaan) di kawasan berhampiran.

“Kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan ini telah berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas 80 hingga 90 peratus terutamanya pada waktu puncak, pagi dan petang sepanjang Jalan Air Itam.

“Kawasan terlibat adalah sekitar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling atau bersamaan 250 meter.

image 103

“Naik taraf ini telah menjadi syarat kelulusan untuk kebenaran merancang bagi projek pembinaan bangunan perniagaan setingkat yang mengandungi satu unit restoran pandu lalu dan satu unit kedai di atas Lot 643, 424, 4241, 4244, dan 4245 Jalan Air Itam, Seksyen 5,” ujar Soon Siang ketika melawat kawasan tersebut di sini pagi Rabu.

Hadir sama, Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang dan Rohaizat Hamid serta Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPP, Ir. Cheah Chin Kooi.

Mengulas lanjut, Soon Siang memaklumkan bahawa projek naik taraf ini memberi kelancaran kepada aliran trafik tiga lorong sekiranya terdapat kenderaan yang ingin membelok ke sekolah terlibat yang mana sebelum ini cuma dua lorong sahaja.

image 104

Difahamkan, antara kerja naik taraf lain yang turut terlibat adalah penambahan garisan penanda di hadapan Taman Sri Indah termasuk di jalan khidmat, naik taraf laluan pejalan kaki, naik taraf saliran, mengecat semula rel penghadang bersama pembahagi jalan serta pemangkasan pokok dan penanaman rumput di bahu jalan.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments