Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaUndang-undang tangani buli siber lebih tegas akan dibentangkan di Parlimen - PM

Undang-undang tangani buli siber lebih tegas akan dibentangkan di Parlimen – PM

Bukit Mertajam: Undang-undang baharu bagi menangani isu buli siber dengan lebih tegas akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak psikologi seperti penderaan mental hingga berupaya mengancam nyawa dan keselamatan seseorang yang mengalaminya.

Tegasnya, walaupun negara mengamalkan prinsip kebebasan namun tidak semestinya seseorang itu bebas untuk melakukan jenayah terutama buli.

“Kebebasan bukan untuk kamu dera orang. Kebebasan bukan untuk kamu menghina orang, mengaibkan orang.

“Yes (Betul). This country has to be different (negara ini berbeza) This country talks about freedom (bercakap soal kebebasan) and justice (keadilan) but will never condone any sort of oppressions and insult and abuses (tetapi tidak akan membenarkan sebarang penindasan, penghinaan dan penyalahgunaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Temu Anwar Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Kounikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan undang-undang lebih tegas susulan perbuatan buli siber dilihat semakin membimbangkan.

“Kita (kerajaan) akan perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas yang kita akan (bentang dalam) sidang Parlimen (nanti).

“Badan-badan seperti MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) diminta untuk ambil tindakan maksimum yang mungkin, jangan tolak ansur,” katanya.

SUMBER : Hmetro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments