Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaZulkifli angkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baharu

Zulkifli angkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baharu

GEORGE TOWN – Mantan Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zulkifli Long mengangkat sumpah jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu pagi semalam.

image 67
ZULKIFLI Long (duduk, kanan) menandatangani dokumen angkat sumpah jawatan sambil disaksikan oleh Ketua Menteri.

Zulkifli melafazkan ikrar sumpah jawatan dan disusuli dengan menandatangani dokumen rasmi pelantikan di hadapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Majlis turut disaksikan oleh barisan Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zabidah Safar; Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Roslinda Mohd. Shafie dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Mohd. Balkish Othman.

Usai majlis tersebut, Zulkifli menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri buat pertama kali sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

image 69
ZULKIFLI Long pada pertemuan dengan Ketua Menteri di Komtar.

Sebelum itu, Kon Yeow dalam ucapan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada Dato’ Seri Rosli Isa atas khidmat bakti beliau di Pulau Pinang sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sejak 4 Oktober 2023.

Difahamkan, pelantikan Zulkifli adalah bagi menggantikan Rosli, berkuat kuasa 9 September 2024.

Terdahulu, Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Zulkifli di pejabatnya di Komtar sebelum majlis mengangkat sumpah jawatan berlangsung.

SUMBER : BULETIN MUTIARA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments