Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaTesla buka pusat servis di Pulau Pinang, tawar khidmat 24 jam

Tesla buka pusat servis di Pulau Pinang, tawar khidmat 24 jam

GEORGETOWN: Tesla memperkukuh kehadirannya di Pulau Pinang dan wilayah utara Malaysia menerusi pembukaan pusat servis dan bengkel baharu di Seberang Jaya, bagi menampung jumlah pelanggan yang semakin meningkat.

Pengarah Wilayah, Isabel Fan, berkata ia adalah pusat servis kedua Tesla di negara ini susulan penubuhan pusat servis pertama di premis yang sama dengan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.

Pusat servis di Pulau Pinang adalah pelaburan kami supaya pelanggan tidak perlu berasa bimbang sekiranya mereka perlu memeriksa atau membaiki kereta mereka,” katanya di pusat beli-belah Gurney Plaza, hari ini.

Fan berkata, pemilik Tesla jarang memerlukan kenderaan mereka untuk diperiksa di pusat servis kerana kebanyakan penyelesaian boleh disampaikan kepada pelanggan secara dalam talian.

Pusat servis yang terletak di Taman Perindustrian Seberang Jaya di Perai itu menawarkan sokongan perkhidmatan 24 jam dan dilengkapi dengan bengkel badan kereta serta cat yang canggih.

Bagi menggalakkan mobiliti mampan di wilayah Utara, mulai Khamis (12 September) dan seterusnya, pemilik Tesla baharu boleh menerima penyerahan kereta mereka di Pulau Pinang dan tidak perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk mengambil kenderaan.

“Selama dua hari (12 hingga 13 September 2024), kira-kira 25 kenderaan akan diserahkan kepada pemilik Tesla baharu di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut hadir bagi melancarkan Stesen Pengecas V4 pertama Tesla di Pulau Pinang, yang terletak di aras letak kereta bawah tanah pusat beli-belah berkenaan.

Kon Yeow berkata dengan tambahan ini, rangkaian pengecasan Tesla di Malaysia bertambah kepada 12 Stesen Pengecas Super dengan jumlah 56 pengecas serta 13 stesen Pengecas Destinasi dengan 69 pengecas.

SUMBER : BH ONLINE

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments