Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaJom lari sambil beramal dalam The Colourful Run 7.0

Jom lari sambil beramal dalam The Colourful Run 7.0


GEORGE TOWN – Larian amal, The Colourful Run 7.0 anjuran Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA) kembali lagi pada 6 Oktober 2024.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu akan berlangsung dekat Lebuh Pantai dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata penganjuran program tahunan itu bertujuan mengumpul dana di samping meningkatkan kesedaran mengenai keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh komuniti orang pekak.

image 63

“Program ini menyasarkan seramai 1,000 peserta sahaja dan setakat ini seramai 900 orang telah mendaftar.

“Bagi mereka yang berminat dinasihati untuk mendaftar dengan segera kerana pendaftaran akan ditutup selepas sasaran 1,000 peserta berjaya dicapai.

“Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM70 untuk peserta dewasa dan RM50 bagi pelajar dan komuniti orang pekak, resit pembayaran akan disertakan bagi tujuan pengecualian cukai,” katanya pada sidang media dekat Komtar di sini semalam.

Turut hadir, Presiden PDA, Sideek Shahul Hamid; wakil Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti MBPP, G. Mokagathi; Ketua Pegawai Operasi PDA, Sarimah Abu Bakar; Setiausaha PDA, The Kaen Hoe; jurubahasa isyarat, Asma Nurul Ain Salim serta Pengarah Urusan Howei, Samuel Shee.

Pada masa sama, Zi Sen turut mengalu-alukan sumbangan pihak syarikat swasta atau badan-badan korporat sama ada dalam bentuk kewangan atau hadiah cabutan bertuah bagi menjayakan program tersebut.

“Setakat ini, antara syarikat korporat yang telah memberikan sokongan dan kerjasama salam program ini termasuk Flex, Starbuks dan lain-lain,” katanya.

Bagi yang berminat membuat sumbangan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program boleh menghubungi 017-202 0061 (Puan Asma).

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ALISSALA THIAN

SUMBER : BULETIN MUTIARA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments