Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaKeputusan Kon Yeow tidak jejaskan pentadbiran Pulau Pinang - Loke

Keputusan Kon Yeow tidak jejaskan pentadbiran Pulau Pinang – Loke

KUALA LUMPUR: Keputusan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti akan datang tidak memberi kesan kepada pentadbiran di negeri berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana Kon Yew masih lagi memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga akhir penggal ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri yang menghadkan jawatan berkenaan maksima selama dua penggal.

“Saya menghormati keputusan dan pendirian beliau demi pembaharuan dalam kepimpinan DAP Pulau Pinang selepas menerajui jawatankuasa negeri selama 25 tahun.

“Sebelum pengumuman semalam, beliau turut berbincang dengan saya berkenaan hasratnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Kon Yeow memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan parti peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 22 September ini.

Dalam sidang media yang diadakan di Komtar semalam, Kon Yeow memaklumkan menerima sepucuk surat bertarikh 27 Ogos lalu daripada DAP Malaysia yang memaklumkan bahawa dirinya dicalonkan untuk bertanding pada pemilihan itu.

Bagaimanapun, selepas membuat pertimbangan teliti, beliau mengambil keputusan menolak pencalonan dirinya untuk bertanding.

SUMBER : BH ONLINE

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments