Saturday, January 3, 2026
UtamaBeritaEmpangan Air Itam menyusut

Empangan Air Itam menyusut

Empangan Air Itam 2

GEORGE TOWN : Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, air dari empangan itu juga digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau susulan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai, Butterworth awal bulan ini.


empanganab1 1706681793
Empangan Air Itam menyusut 3


“Penyusutan di Empangan Air Itam itu agak mendadak kerana sekarang ini musim kering dan penggunaan air yang tinggi, malah kita turut menggunakan air untuk tampung bekalan di sebelah pulau selepas kejadian Sungai Perai.

“PBAPP akan memuktamadkan langkah yang akan diambil bagi meningkatkan kapasiti air di Empangan Air Itam selepas pelan B iaitu kerja-kerja pemasangan paip baharu 600mm merentasi Sungai Perai siap sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebagai rekod, tahap waspada pertama adalah pada kadar 50 peratus, tahap kedua (40 peratus) dan tahap ketiga ialah 30 peratus dan ke bawah.

Gambar : Kosmo!, Arkib NSTP

Sumber : Bernama

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments