UtamaBeritaPulau Pinang Mohon Sokongan Persekutuan Bangunkan PTFC Dan Geran RM2 Bilion Bagi...

Pulau Pinang Mohon Sokongan Persekutuan Bangunkan PTFC Dan Geran RM2 Bilion Bagi Projek Bekalan Air

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon sokongan berterusan Kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan Penang Technology Financial Centre (PTFC) yang diunjurkan mampu menyumbang RM12.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta menyokong lebih 71,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 15 tahun.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat berkata, PTFC berpotensi memperkukuh ekosistem kewangan teknologi dan semikonduktor, selain membantu lebih 6,500 syarikat dalam rantaian bekalan elektrik dan elektronik (E&E) mendapatkan akses pembiayaan serta pelaburan.

Menurut beliau, Pulau Pinang menyambut baik pengumuman Dana Pelaburan Strategik RM100 juta melalui kerjasama Khazanah Nasional dan InvestPenang bagi menyokong pembangunan syarikat teknologi tempatan.

Kerajaan Negeri turut mencadangkan penubuhan kumpulan kerja bersama Persekutuan-Negeri serta Pusat Fasilitasi Kewangan Teknologi Pulau Pinang bagi memudahkan akses pembiayaan, menarik pelabur dan memperkukuh daya saing industri teknologi negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Chow turut memohon geran RM2 bilion daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai komponen rawatan dan pengagihan air dalam Projek Skim Pemindahan Air dari Perak ke Pulau Pinang.

Projek yang dianggarkan menelan kos keseluruhan RM3.5 bilion itu merangkumi RM1.5 bilion bagi pembangunan sumber air mentah di Perak dan RM2 bilion bagi infrastruktur rawatan serta pengagihan di Pulau Pinang.

Beliau menegaskan bahawa sokongan pembiayaan Persekutuan penting bagi menjamin bekalan air jangka panjang, mengurangkan tekanan terhadap tarif air serta mengekalkan daya saing Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan strategik negara.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments