UtamaBeritaPenerbangan Khas Warsaw–Pulau Pinang Buka Ruang Tarik Lebih Ramai Pelancong Eropah

Penerbangan Khas Warsaw–Pulau Pinang Buka Ruang Tarik Lebih Ramai Pelancong Eropah

Penerbangan sewa khas mingguan kendalian LOT Polish Airlines antara Warsaw, Poland dan Pulau Pinang dijangka membawa lebih ramai pelancong Eropah ke negeri ini, sekali gus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, perkhidmatan itu akan bermula 5 November 2026, khususnya bagi memenuhi permintaan pelancong yang mahu menikmati destinasi tropika ketika musim sejuk di Eropah.

Menurut Wong, penerbangan sewa khas berkenaan beroperasi secara mingguan dengan membawa kumpulan pelancong baharu serta menerbangkan pulang mereka yang selesai bercuti.

Tempoh penginapan pelancong Eropah di Pulau Pinang pula boleh mencecah antara seminggu hingga tiga bulan, manakala sesetengah penerbangan sebelum ini membawa lebih 100 penumpang dan adakalanya sehingga 300 pelancong.

Beliau berkata, kemasukan pelancong Eropah memberi rangsangan kepada industri pelancongan negeri dan menunjukkan daya tarikan Pulau Pinang yang semakin berkembang dalam pasaran antarabangsa.

Wong turut menggalakkan golongan muda menguasai kemahiran teknikal dan komunikasi bagi memenuhi keperluan sektor masa depan termasuk pembuatan, perkhidmatan, pelancongan serta industri kreatif.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments