UtamaBerita30 Khemah Disediakan Untuk Keselesaan Peniaga Bazar Ramadan Lorong Kulit

30 Khemah Disediakan Untuk Keselesaan Peniaga Bazar Ramadan Lorong Kulit

Sebanyak 30 unit khemah akan disediakan untuk kegunaan peniaga Bazar Ramadan Lorong Kulit bagi memberikan kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada mereka sepanjang menjalankan perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, penyediaan khemah tersebut merupakan antara usaha membantu peniaga selain memastikan operasi bazar dapat berjalan dengan lebih lancar.

Bantuan seumpama itu turut sedang dikaji untuk diperluaskan kepada peniaga pasar malam dengan mengambil kira jumlah khemah, kos dan keperluan sebenar.

Jagdeep berkata, beliau akan turun padang ke lokasi pasar malam terlibat selepas maklumat lengkap diperoleh bagi menilai keperluan peniaga.

Langkah itu bagi memastikan bantuan kemudahan khemah dapat dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keperluan di setiap lokasi.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments