Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengetuai misi pelaburan dan perdagangan selama lapan hari ke Amerika Syarikat dari 28 September hingga 5 Oktober 2026 anjuran InvestPenang.
Misi itu bertujuan memperbaharui serta memperkukuh hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Amerika Syarikat yang mempunyai operasi di Pulau Pinang, selain menggalakkan pengembangan operasi dan menarik pelaburan baharu.
Sepanjang dua hari pertama di San Jose, Ketua Menteri bersama delegasi InvestPenang mengadakan beberapa siri pertemuan strategik dan lawatan bersama pelabur sedia ada serta berpotensi termasuk Agilent, AMD, Cadence, Coherent dan Intuitive.
Delegasi Pulau Pinang akan meneruskan sesi libat urus dengan ibu pejabat korporat di San Jose sepanjang baki misi tersebut.
Usaha memperkukuh hubungan dengan pelabur sedia ada dan baharu merupakan antara langkah bagi memastikan Pulau Pinang dapat terus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonominya.

