UtamaBeritaSJKT Perai Sambut 100 Tahun Penubuhan, Kerajaan Negeri Terus Perkasa Pendidikan Tamil

SJKT Perai Sambut 100 Tahun Penubuhan, Kerajaan Negeri Terus Perkasa Pendidikan Tamil

825278344 1836668604360524 5207104093112360401 n

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Perai meraikan 100 tahun penubuhannya menerusi SJKT Perai 100 Years Excellence Fun Walk yang menghimpunkan alumni, warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, sekolah yang diasaskan sejak 1926 itu telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan perkembangan masyarakat di Perai.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri terus menyokong pendidikan inklusif dan berkualiti dengan menyalurkan RM2.42 juta kepada 28 SJKT dan 11 tadika di bawah SJKT di seluruh Pulau Pinang pada April lalu.

Daripada jumlah itu, RM1.34 juta disalurkan melalui Penang Education Council (PEC) bagi memperkasa infrastruktur digital serta program STEM, manakala RM768,901 disalurkan kepada PIBG 28 SJKT bagi penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan pembelajaran.

Sementara itu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Perai, Dato’ Seri S. Sundarajoo menyatakan hasrat untuk merealisasikan pembinaan tiga bangunan baharu sekolah Tamil dalam tempoh satu penggal melibatkan SJKT Rajaji, SJKT Sungai Bakap dan SJKT Juru, sebagai sebahagian usaha memperkukuh kemudahan pendidikan masyarakat Tamil di Pulau Pinang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments