Situasi keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang kekal aman, stabil dan terkawal, dengan tiada insiden dilaporkan yang boleh menjejaskan kestabilan serta keharmonian negeri.
Perkara itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dalam taklimat keselamatan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng.
Berdasarkan laporan NUMBEO 2026, Pulau Pinang berada di kedudukan ke-69 daripada 402 bandar paling selamat di dunia, dengan Skor Indeks Jenayah 28.9 dan Indeks Keselamatan 71.1.
Ketua Menteri berkata, selain angka tersebut, perkara lebih penting ialah memastikan rakyat mempunyai keyakinan untuk menjalani kehidupan seharian dalam persekitaran yang aman dan terjamin.
Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian serius terhadap keselamatan dan ketenteraman awam, termasuk perkara melibatkan sensitiviti kaum serta agama.
Kerjasama antara kerajaan, pasukan keselamatan dan masyarakat akan terus diperkukuh bagi memastikan Pulau Pinang kekal selamat untuk didiami, diyakini untuk bekerja dan harmoni untuk semua

