UtamaBeritaKetua Menteri: Legasi Sebenar Bukan Nama, Tetapi Pulau Pinang Yang Lebih Kukuh

Ketua Menteri: Legasi Sebenar Bukan Nama, Tetapi Pulau Pinang Yang Lebih Kukuh

Memasuki fasa akhir penggalnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow melihat legasi kepimpinan bukan pada nama, bangunan atau senarai pencapaian, sebaliknya pada keadaan Pulau Pinang yang ditinggalkan kepada generasi seterusnya.

Dalam wawancara bersama majalah Smart Investor edisi September–Oktober 2026, beliau berkata matlamatnya adalah meninggalkan sebuah negeri yang lebih berdaya tahan, inklusif dan menawarkan lebih banyak peluang kepada rakyat.

Mengimbas perjalanan daripada seorang wartawan kepada ahli politik dan seterusnya menjadi Ketua Menteri kelima Pulau Pinang pada 2018, Kon Yeow berkata pengalaman kewartawanan membentuk prinsipnya untuk mendengar, menyemak fakta dan melihat sesuatu isu daripada pelbagai sudut.

Beliau turut menekankan kepentingan institusi yang kukuh, termasuk usaha melaksanakan had dua penggal jawatan Ketua Menteri, kerana pentadbiran yang baik tidak seharusnya bergantung kepada seseorang individu.

Kon Yeow menggariskan empat prinsip utama dalam pendekatan pentadbirannya iaitu tadbir urus baik, daya saing ekonomi, keterangkuman sosial dan tanggungjawab fiskal.

Menurut beliau, kejayaan sebenar ialah apabila Pulau Pinang mempunyai institusi lebih kukuh, ekonomi lebih pelbagai, perkhidmatan awam yang profesional serta kerjasama erat antara kerajaan, industri, akademia dan masyarakat sehingga negeri ini mampu terus maju walaupun selepas berlaku pertukaran kepimpinan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments