UtamaBeritaElaun Guru KAFA, Pegawai Masjid Dan Siak Di Pulau Pinang Naik Oktober...

Elaun Guru KAFA, Pegawai Masjid Dan Siak Di Pulau Pinang Naik Oktober Ini

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan kenaikan elaun guru dan ketua guru KAFA sebanyak RM200 sebulan berkuat kuasa Oktober ini, menjadikan elaun masing-masing RM1,700 dan RM1,800 sebulan.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata kenaikan itu melibatkan 1,650 guru di 208 premis KAFA dan 14 sekolah berkaitan KAFA, dengan keseluruhan komitmen tahunan berjumlah RM11.19 juta.

Elaun 1,364 pegawai masjid dan siak lantikan Kerajaan Negeri turut dinaikkan mulai Oktober.

Bagi sembilan masjid pengurusan JHEAIPP, elaun imam meningkat daripada RM400 kepada RM1,000 sebulan, manakala bilal dan siak masing-masing dinaikkan RM300 kepada RM800.

Bagi 209 masjid kariah pula, elaun imam, bilal dan siak dinaikkan RM100, menjadikan kadar baharu masing-masing RM950, RM600 dan RM600 sebulan.

Dalam pada itu, Waktu Kehadiran Bertugas (WKB) guru KAFA turut diselaraskan kepada empat jam sehari, termasuk 30 minit sebelum dan selepas sesi PdP bagi membantu menjamin keselamatan kira-kira 60,000 murid.

Tempoh penyesuaian akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2026 sebelum pelaksanaan penuh bermula 2 Januari 2027.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments