Water Malaysia 2026 – A Specialised Conference & Exhibition julung kali diadakan di Pulau Pinang dengan berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) dari 22 hingga 24 September 2026.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata konvensyen selama tiga hari itu menghimpunkan pemain industri, agensi serta pemegang taruh sektor air, selain menjadi platform untuk berkongsi teknologi, inovasi dan penyelesaian terkini dalam pengurusan sumber air.
Menurut beliau, air merupakan sumber asas yang penting kepada kehidupan, kesihatan, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Justeru, pengurusan sumber air secara cekap dan berkesan perlu terus diperkukuh bagi memastikan kelestarian serta keterjaminan bekalan air seiring dengan pembangunan Pulau Pinang

