UtamaBeritaPendidikan Inklusif Diperkukuh, Murid Berkeperluan Khas Tidak Dipinggirkan

Pendidikan Inklusif Diperkukuh, Murid Berkeperluan Khas Tidak Dipinggirkan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh agenda pendidikan inklusif, saksama dan berkualiti, khususnya bagi murid berkeperluan khas.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, setiap anak mempunyai potensi yang perlu digilap dan tiada pelajar wajar tercicir daripada arus perubahan teknologi dalam usaha membangunkan sebuah negeri pintar dan inklusif.

Menerusi Program Rintis Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bagi Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), tiga bilik darjah masing-masing di SMK Batu Kawan, SMK Westland dan SK Bakar Indah dilengkapi kemudahan ICT bagi mendedahkan murid kepada teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).

Pendekatan PAK21 turut memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritikal mengikut keupayaan setiap murid.

Kon Yeow turut menghargai kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pertubuhan Wanita Mutiara, Persatuan Kebajikan 88 Kapten Pulau Pinang, sektor swasta serta rakan strategik dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Setakat ini, sebanyak 142 bilik darjah telah dinaik taraf menerusi MAKERLAB, manakala 398 sekolah dilaporkan mempunyai kemudahan papan pintar sebagai sebahagian usaha memperluas transformasi pendidikan digital kepada semua murid.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments