UtamaBeritaTujuh Projek Keutamaan Pulau Pinang Dipertimbang Kerajaan Persekutuan

Tujuh Projek Keutamaan Pulau Pinang Dipertimbang Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri menghargai pertimbangan Kerajaan Persekutuan terhadap tujuh daripada 10 projek keutamaan Pulau Pinang yang dikemukakan bagi Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2027, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, projek yang mendapat maklum balas positif melibatkan sumber air, pendidikan STEM, kemudahan awam, tebatan banjir serta naik taraf infrastruktur jalan raya.

Antara projek tersebut ialah pemetaan dan penilaian sumber air bawah tanah, Penang STEM Talent Blueprint, pembinaan Kompleks Pasar Awam Teluk Kumbar, naik taraf sistem kawalan banjir serta beberapa projek jalan raya dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelang Ubi.

Menurut Kon Yeow, tiga lagi projek yang belum diterima masih boleh dibangkitkan semula pada masa akan datang.

Dalam perkembangan sama, cadangan Penang International Financial Centre (PIFC) kini dijenamakan semula sebagai Penang Technology Financial Centre (PTFC) bagi mencerminkan kekuatan Pulau Pinang sebagai hab E&E dan semikonduktor.

Kerajaan Negeri berharap Bajet 2027 Persekutuan turut membuka ruang merealisasikan PTFC bagi menyediakan akses kepada kapital untuk membantu PKS, syarikat tempatan dan syarikat pemula dalam sektor teknologi mengembangkan operasi masing-masing.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments